Tuesday, June 7, 2011

Menangis ketika membaca atau menghayati Al-Quran



Aku membaca ayat yang menceritakan tentang qiamat,

Aku menangis,

Bagaimanakah keadaanku di padang mahsyar nanti,

Adakah aku selamat?

Adakah aku akan mendapat naungan arasy Allah SWT?

Bagaimanakah keadaanku apabila menerima buku catitan amalan ( Surah Kahfi: 49),

Bagaimanakah dengan timbangan amalanku? (surah al-qariah: 6-9)

Adakah aku selamat meniti titian sirath.....?

Adakah aku berharap moga2 aku kembali ke dunia semula..? (surah as-sajadah : 12)


Aku membaca ayat yang menceritakan tentang syurga,

Aku menangis,

Adakah aku akan menjadi seperti mereka...? (Surah An-naba':31-36)

Adakah aku akan mencium syurga..?

Adakah malaikat akan menyambutku di syurga kelak....? (surah azzumar:73-74)

Adakah aku kan bersama dengan para bidadari di syurga kelak...? (surah al-waqiah:22-23)

Adakah aku kan bersama Rasulullah SAW.....?

(Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.)


Aku membaca ayat yang menceritakan tentang azab neraka,

Aku menangis,

Adakah aku akan menjadi seperti mereka.....? (surah An-naba': 21-30)

Adakah aku memakan buah Zaqqum...?

Adakah minumanku air nanah dan panas yang mengelagak....?

Apakah yang akan dikatakan oleh malaikat kpdku..? (surah azzumar: 71-72)

Adakah aku nnti meminta air drpd penduduk syurga.......? (surah al-a'raf: 50)

Adakah disediakan untukku hamparan2 neraka....? (surah az-azumar:41)


Sesungguhnya orang-orang yg diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud dan mereka berkata: Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.{Al-Isra: 107- 109

}


Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."




No comments:

Post a Comment